Sabtu, 31 Disember 2011

FaceBlog

Salam sejahtera semua

Kepada semua kaki blog marilah kita sama-sama join dalam satu bumbung iaitu dalam FACEBLOG.

Marilah kita semua meriahkan FACEBLOG.


Jumaat, 23 Disember 2011

Pengumuman Keputusan PMR 2011

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya,


PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.
“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.



SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam - KOSMO



RUJUKAN;

Khamis, 22 Disember 2011

Selamat Mengambil Keputusan PMR 2011

KEPADA SEMUA PELAJAR PMR 2011
SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR PADA HARI INI
SEMOGA ANDA SEMUA BOLEH MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK


LEPAS INI SAYA AKAN KONGSIKAN WAJAH-WAJAH CALON PMR 2011 YANG BERJAYA, SEMOGA MEMBAKAR LAGI SEMANGAT UNTUK KITA SAMA-SAMA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.


~ADMIN~

Isnin, 19 Disember 2011

Kuatkan Semangatku

 Kepada semua sahabat sekalian doakn
smg aku dapat kuatkn semangat
utk menempuh sdikit dukaan yg menimpa diriku.


Kenapa la pada akhir2 nie bnyak sangat dukaan
yang menimpa ke atasku...
Aku hrap dapat menempuhi dengan redha
mungkin ini Tuhan ingin menguji hambanya
seteguh mana ingatan hambanya kepada Pencipta
yang Maha Satu...

Ya Allah...
Kuatkn Semangat ku untuk meneruskan khidupan d atas bumiMu ini
Smua perkara aku serahkn kepadaMu.

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini resah
tenangkanlah hati hambaMu ini
terangilah dengan "Nurr" CahayaMu
sebagaimana Engkau menyinari bumiMu ini
yang tiada pernah padam

 Lapangkan hati hambaMu dengan kurnia iman
hidupkan dengan makrifatMu
matikan pada jalan syahidMu
tunjukkanlah jalan yang lurus
tunjukkan jalan penyelesaian yang Engkau Redhai

Hanya Engkau sahaja Tuhan
tiada Tuhan selain Engkau
Bimbinglah HambaMu ini dengan
kekuasaanMu.


Lirit Munajat-Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Jumaat, 9 Disember 2011

Rindu la



Muhaimin Rse rindu pula hendak menulis blog lg tetapi dalam mse sekarang tak boleh tumpu sgt sbb internet xada.

Tetapi anda semua jgnlah rsau Muhaimin akan cuba sedaya upaya membetulkn semua msalah yg dialami dengan segera.

 Muhaimin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi masuk ke Blog Muhaimin, semoga kita dapat berkongsi maklumat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya