Ahad, 22 Januari 2012

Minggu Silaturrahim ILPKB

Lama rsenya tidak masuk blog Muhaimin
kali ini Muhaimin ingin kongsikan koleksi sepanjang
Minggu Silaturrahim yang berlangsung
di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB)

Semasa Pendaftaran sedang berlangsung















Semasa pendaftaran pelajar baru masuk 



ANTARA PROGRAM YANG DI ATUR SEMASA MRS BERLANGSUNG


 Semasa Taklimat Asrama Oleh Warden





Semasa taklimat asrama oleh warden




 Semasa pembahagikan mengikut kumpulan








Semasa penyerahan barang sebelum bermain permainan "Kucing Buta"













SEKIAN ANTARA KOLEKSI SEMASA
MINGGU SILATURRAHIM
PERINGKAT ILPKB SESI 1/2012

Rabu, 4 Januari 2012

Dunia Pelajar Sekarang

Pada siri kali ini Muhaimin ingin mengetengahkan mengenai
pelajar cemerlang dalam negara kita
yang sudah berjaya menempa nama dalam negara.

Orang yang saya maksudkan ialah  Siti Fatimah Mukhtar dan Nur Amalina Che Bakri


Pelajar Pertama;

Siti Fatimah Mukhtar

Salam, 

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


Pelajar Kedua;

Nur Amalina Che Bakri

Adakah anda masih ingat lagi seorang pelajar bernama Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengemparkan Malaysia dengan keputusan Peperiksaan SPM 17A1 satu ketika dahulu? Mungkin ramai antara kita banyak nak jadikan beliau sebagai idola dalam pelajaran. Namun semua cerita tu kisah gemilangnya 8 tahun dahulu, bagaimana kisah hidup pelajar cemerlang ini sekarang?

Nur Amalina Che Bakri, gadis genius Malaysia yang dikatakan sudah jauh menyimpang dari gaya hidup timur sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara menepis dakwaan yang dilemparkan kepada anaknya itu. Sabariah Hassan, 52 yang merupakan seorang guru juga menyangkal dakwaan anaknya gagal di universiti. Pun begitu, dia tidak mengulas tentang penampilan anaknya yang sudah berubah daripada bertudung litup ke imej seksi.

Pelajar cemerlang ini dikatakan telah berubah penampilan daripada dahulunya berpakaian sopan dan bertudung tetapi kini tidak memakai tudung dan bersosial. Koleksi gambar-gambar sosial Nur Amalina Che Bakri sekarang tersebar luas di internet dan sebelum ini kecoh di facebook dan twitter.

 

Admin

*Kepada semua pelajar yang sudah melanjutkan pendidikan ke luar negara kita janganlah mudah sangat terikut dengan budaya yang bercanggah dengan ajaran islam yang suci. Sama-samalah kita mendekatkan lagi hubungan kita dengan Pencipta kita semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah. 

 

RUJUKAN; 

MengajiPastiBoleh.blogspot.com

kurakura.my

Terbakor.com

Nescafeais.com 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya