Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara
membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika
solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di
dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut
Nazilah .
Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang
dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian
doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan
dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman
kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa
yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami
mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar
akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.
Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala,
peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan
janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari
segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau,
ya Allah.”
**Sumber