Jumaat, 30 Ogos 2013

Cara Membaca QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

**Sumber

Ahad, 25 Ogos 2013

Kelas Gantian



Kelas gantian semasa cuti pertengahan semester yang diberikan kepada semua pelajar.
Kelas itu akan diadakan pada 7 September, 21 September dan 28 September 2013.
Pindaan ini hanya melibatkan pelajar ILP KUALA LUMPUR sahaja. Harap Maklum. 


Sekian. 

Terima Kasih.

**Sumber

Sabtu, 24 Ogos 2013

Sudah Selesaikan Masalah Teknikal

Alhamdulillah, Akhirnya saya dapat juga menangani masalah teknikal pada Blog Muhaimin.
Selain itu, sy asyik sibut dengan pengajian saya.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg memberi perhatian dan memberi komen terhadap Blog Muhaimin yg tak seberapa ini.
Kepada semua yang ingin mencadang menambahbaikkan lagi Blog Muhaimin boleh emailkan terus ke alamat email:
muhaimincemerlang@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya