Sabtu, 31 Disember 2011

FaceBlog

Salam sejahtera semua

Kepada semua kaki blog marilah kita sama-sama join dalam satu bumbung iaitu dalam FACEBLOG.

Marilah kita semua meriahkan FACEBLOG.


Jumaat, 23 Disember 2011

Pengumuman Keputusan PMR 2011

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya,


PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.
“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.



SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam - KOSMO



RUJUKAN;

Khamis, 22 Disember 2011

Selamat Mengambil Keputusan PMR 2011

KEPADA SEMUA PELAJAR PMR 2011
SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR PADA HARI INI
SEMOGA ANDA SEMUA BOLEH MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK


LEPAS INI SAYA AKAN KONGSIKAN WAJAH-WAJAH CALON PMR 2011 YANG BERJAYA, SEMOGA MEMBAKAR LAGI SEMANGAT UNTUK KITA SAMA-SAMA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.


~ADMIN~

Isnin, 19 Disember 2011

Kuatkan Semangatku

 Kepada semua sahabat sekalian doakn
smg aku dapat kuatkn semangat
utk menempuh sdikit dukaan yg menimpa diriku.


Kenapa la pada akhir2 nie bnyak sangat dukaan
yang menimpa ke atasku...
Aku hrap dapat menempuhi dengan redha
mungkin ini Tuhan ingin menguji hambanya
seteguh mana ingatan hambanya kepada Pencipta
yang Maha Satu...

Ya Allah...
Kuatkn Semangat ku untuk meneruskan khidupan d atas bumiMu ini
Smua perkara aku serahkn kepadaMu.

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini resah
tenangkanlah hati hambaMu ini
terangilah dengan "Nurr" CahayaMu
sebagaimana Engkau menyinari bumiMu ini
yang tiada pernah padam

 Lapangkan hati hambaMu dengan kurnia iman
hidupkan dengan makrifatMu
matikan pada jalan syahidMu
tunjukkanlah jalan yang lurus
tunjukkan jalan penyelesaian yang Engkau Redhai

Hanya Engkau sahaja Tuhan
tiada Tuhan selain Engkau
Bimbinglah HambaMu ini dengan
kekuasaanMu.


Lirit Munajat-Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Jumaat, 9 Disember 2011

Rindu la



Muhaimin Rse rindu pula hendak menulis blog lg tetapi dalam mse sekarang tak boleh tumpu sgt sbb internet xada.

Tetapi anda semua jgnlah rsau Muhaimin akan cuba sedaya upaya membetulkn semua msalah yg dialami dengan segera.

 Muhaimin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi masuk ke Blog Muhaimin, semoga kita dapat berkongsi maklumat.

Sabtu, 19 November 2011

Wajah-Wajah Pelajar Cemerlang UPSR 2011

Antara wajah-wajah pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan UPSR 2011



Kita janganlah pandang rendah pada seseorang itu sebelum kita tengok betul pada dirinya.

SEBAHAGIAN 90 murid Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang meraikan kejayaan memperoleh keputusan 5A dalam UPSR


Mohd. Wazir Omar (kanan) dan isterinya, Azizah Karthi bersama anak mereka, Muhamad Al Husna yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2011 di Teluk Intan, Perak.

 46,012 calon UPSR peroleh 5A


PUTRAJAYA: Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.


Keputusan itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud pada sesi pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011.



Tahniah Muhaimin ucapkan kepada semua pelajar UPSR 2011 yang berjaya tetapi tidak dilupakan kepada semua pelajar yang tidak berjaya janganlah bersedih dan mudah berputus asa, kita cuba pula pada peperiksaan yang akan mendatang. 


RUJUKAN:

Sabtu, 12 November 2011

Tarikh 11/11/11

Pada tarikh 11/11/11 ini aku merasakan hari yang bahagia kerana pada tarikh yang membuka hatiku untuk berjalan2 dengan orang yang jauh dimata.

Walaupun seketika hatiku ini macam terluah n terlepas semua yang aku inginkan.

Disamping itu, aku boleh tahu macamana suasana bandar yang besar,walaupun seketika namun besar maknanya.

Isnin, 7 November 2011

Koleksi Hari Raya Korban

 Inilah sesetengah koleksi semasa Hari Raya Korban di Kampung Saya

wajah lembu sebelum di korbankan..huhu





Semasa hendak memulakan korban





Inilah lembu kena dikorbankan

















 















Jumaat, 4 November 2011

Hikmah Berkorban dan Hari Raya Aidil Adha


Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim yang taat dan tegar melaksanakan kurban atas perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala meskipun harus kehilangan putera satu-satunya yang didambakan (QS: As-Shaf: 102-107)

Menegakkan syiar Dinul Islam dengan merayakan Aidul Adhha secara bersamaan dan saling tolong menolong dalam kebaikan(QS.:Al-Hajj: 36) Rasululloh SallAllahu alaihi wasalam bersabda, yang ertinya: “Hari-hari tasyrik adalah hari-hari makan, minum dan zikir kepada Allah Azza wajalla.” (HR: Muslim dalam Maktashar No. 623)

Bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas nikmat-nikmatNya, maka mengalirkan darah binatang kurban ini termasuk syukur dan ketaatan dengan satu bentuk taqarrub yang khusus (QS: Al-Hajj: 34). Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Alloh Subhanahu wa Ta’ala terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Alloh kepada mereka, maka Ilahmu ialah Ilah Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (QS: Al-Hajj: 34)

Di hari-hari itu juga sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh, kebaikan dan kemasyarakatan, seperti eratkan silaturrahim, berkunjungan sanak saudara, menjaga diri dari rasa iri, dengki, mahupun amarah, hendaklah menjaga kebersihan hati, menolong fakir miskin, anak yatim, orang-orang yang kekurangan dan kesulitan.

Namun bagi orang yang akan bekorban tidak harus meniru orang yang sedang ihram sampai tidak: memakai minyak wangi, bersetubuh, bercumbu (suami istri), melangsungkan akad nikah, berburu binatang dll. Sebab yang demikian itu tidak ada tuntunan dari Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Namun Hendaklah kita menegakkan syiar agama Allah ini dengan amal soleh, amar ma’ruf dan nahi munkar dengan cara yang penuh hikmah, hendaklah setiap kita menggunakan kemampuan, keahlian, kedudukan dan segala nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sesungguhnya bersyukur dalam menegakkan ajaran dan syiar Dienullah Islam.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa membimbing kita kepada cinta dan keredhaanNya. Amin.
Kesempatan ini Muhaimin ingin mengucapkn selamat menunaikan ibadah haji dan selamat berkorban kepada semua, semoga korban dan ibadah haji kita tahun ini diterima oleh Allah. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H.

Disemak oleh: Muhaimin
(Sumber Rujukan: Min Ahkamil Udhiyyah, Asy-Syaikh Al-Utsaimin)
Apa hikmah berkorban? 

Sabtu, 15 Oktober 2011

Xpedisi ke Lubuk Lesung

Pada hari jumaat (22/10/2011) aku nga kwan2 sebilik bersepakat hendak mandi n berkelah d tempat air terjun yg terletak di Lubuk Lesung. Sebelum aku bertolak kami berkumpul di rumah kawan, rumahnya berdekatan dgn tempat kami hendak tuju.


Apabila selesai buat persediaan kami semua pun mula bertolak menuju ke tempat air terjun. Semasa kami hendak sampai mcm2 la halangan yg perlu kami semua perlu tempuhi seperti kami terpaksa menempuhi jalan yang berlubang2 n jalan yg berlumpur.


Apabila sudah sampai kami semua harungi lg halangan batu2 yang besar  ditengah2 air terjun.





Setelah sampai tempat kami hendak berhenti iaitu di tingkat 2 air terjun tersebut. Kami semua xsbar2 lg hendak mandi sebelum mandi kami buat persiapan diri n tempat utk kami membakar.



Apabila dah selesai kami basahkan badan dengan mandi seketika setelah itu kami berehat makan seketika n kami  teruskan membakar yang kami bawa iaitu daging burger, bebola ikan  n lain2 lg.

Semasa aku tengok kawan2 berenang aku merasakn hendak berenang jg walau aku tahu xpandai tp aku ingin mencuba.


Apabila aku turun je aku mcm xblh kwal diri aku semasa dlm air yg dalam jg la nasib baik kawan2 aku tolong menggampai tangan aku..huhuhu..
Selepas itu, kawan2 mengajarku serba sedikit macamana hendak berenam dalam air. Terima kasih kawan2 ye... :)


Selain dapat mandi n membakar kami semua xktinggalan utk memancing ikan di kemuncak air terjun,kami msing2 suka bila blh mencuba memancing.

Semasa hendak balik kami harungi lg  halngan. Aku merasakan inilah pengalaman yg paling berharga pada diri aku sendiri bersama kawan2 sebilik bg tahun ini. Aku harap dapt lg join pada masa2 akn datang. Terima kasih kwan2 kerana dpt membina memori baru pd tahun ini.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Penting 2011

Pada ruangan kali ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan penting bagi semua pelajar yang mengambil peperiksaan penting seperti;

PMR: 00 Hari (04 Oktober 2011)
SPM: 00 Hari (13 November 2011)
 STAM: 00 Hari (12 Oktober 2011)
STPM: 01 Hari (21 November 2011)


Kemaskini pada: 20/11/2011

Kepada semua  pelajar selamat menghadapi peperiksaan. Saya mendoakan semoga anda semua boleh menjawab peperiksaan dengan tenang. Disamping itu, saya harapan anda semua boleh buat yang terbaik dan  mendapat keputusan yang cemerlang nanti.


ADMIN:
 Saya doakan semoga semua pelajar yang mengambil peperiksaan dapat menumpu sepunuhnya kepada ujian yang bakal ditempuhinya. Saya juga berdoa semoga anda semua dapat menjawab soalan ujian dengan tenang.



Rujukan;

Khamis, 29 September 2011

Koleksi Hari R@ya Di ILPKB 2011

Saya harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir Batin...

Antara koleksi gambar yang sempat diambil Semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri paringkat
Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB)
berlangsung pada 22/09/2011;

Perjalanan menuju ke Dewan Kuliah Utama untuk menyambut Hari Raya peringkat ILPKB

Diantara gelagak pelajar sebelum majlis hari raya bermula



Koleksi Gambar Semasa Majlis Hari Raya Berlangsung

Di luar Dewan Kuliah Utama


 Di Dalam Dewan Kuliah Utama ILPKB


Jamuan Makan Semasa Majlis Hari Raya


 Gambar Kenanganku Bersama Kawan-Kawan







 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya