Jumaat, 1 Julai 2011

Cinta Jadi Kenangan

Kali ini Muhaimin hendak berkongsi mengenai percintaan yang terjalin antara 2 insan. Wataknya antara Yusoff dengan Izati mereka ini masing-masing berumur 23 tahun.

Yusoff tidak pernah merasa begitu sakit dalam hati sebelum ini mungkin dugaan dari Tuhan yang maha pencipta untuk menduga dirinya untuk mengenal apa itu cinta sesama manusia. Yosoff ini tinggal di Besut, Terengganu manakala  Izati pula tinggal di Puchong, Selangor. Mereka ini boleh kenal melalui kawan Izati dan mereka tidak pernah berjumpa walaupun 2 tahun bercinta mereka berhubung dengan telefon dan menggunakan internet. 

Yosoff pernah berjanji untuk kekal sampai keakhirnya tapi bila dia dengar dari Izati berkata kita dah tak ada apa2. Masa itu dia rse hatinya macam di belah 2 tetapi Yosoff berusaha kuatkan semangatnya untuk teruskan kehidupan mcm biasa.

Pada keesokkannya dia duduk sendirian di sebuah taman yang berhampiran dengan rumahnya dan terlintas difikirannya "Biarpun hatiku merasa menyatakan benci tetapi hakikatnya aku masih sayang kepada Izati itu" 

Pada masa yang sama dia bercakap dengan dirinya dengan mengatakan "Mengapalah aku boleh terkena bahana bercinta tu ye?" Yusoff bercakap sendirian. selepas itu dia terdengar muzik yang di mainkan oleh orang yang duduk berdekatan dengannya, inilah sedikit liritnya yang berbunyi;


"Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
hidup denganmu wahai kekasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakah daya jodoh tiada..................."

Selepas dia mendengar lagu itu lalu mengalirlah air matanya sambil terbayang-bayang wajah Izati.

Kemudian  Yusoff cuba terima hakikat bahawa yang orang yang dia cintai selama ini sudah pergi meninggalkan dirinya. 


Cinta yang suci hanya milik Allah, pepatah ada juga nengatakan;


>>Sebagai hambaNya cintailah yang menciptakan diri kita dan dekatkanlah diri kepada Allah dan minta la petunjuk dan hidayah dariNya. Semoga kita mendapat jodoh yang terbaik dan diredhai oleh Tuhan dan mendapat pasangan yang membawa kita ke jalan yang diredhai olehNya. insya'Allah.




Harga Sekuntum Cinta - FarEast

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya