Jumaat, 9 September 2011

TolOng diRi AKu....

LUAHAN SEORANG HAMBA ALLAH
MEMINTA SAYA KETENGAHAN CERITANYA DALAM BLOG MUHAIMIN

Dalam beberapa bulan nie Haris (bukan nama sebenar) merasakn jauh sangat dari Tuhan menciptakn diriku, aku sendiri pun tak tahu apa dah terjadi pada diri aku nie...


Aku mcm dah lupa untuk menunaikan tanggungjawab untuk beribadat kepadaNya. Aku juga tak tahu knp diri aku nie dah jdi mcm nie skrg. Aku merasa perlu bimbngan dari kawan2 smua sebelum ini aku merasakn tenang je dalam hati tp dalam beberapa bulan ini hatiku merasa tidak tenang lagi mcm biasa aku rase mencelaru je.
Apa yang Tuhan bagi klebihan kpdku ia dah ambk sdikit demi sdikit mcm sblum nie aku dpt merasai apa yg hendak berlaku, bila aku dah smakin lupa ikut perintahNya smua itu dah  ditarik dari diriku ini..


Aku perlukan sokongan dari kawan2, doakn aku smg kembali ke jalan yg d redhoinya, kembali mcm dulu kembali beribadat kpd Tuhan yang maha Esa.
 
Kepada kawan2 jgnlah tinggalkn Tiang Agama (solat 5 waktu) kita sama2 la jadikan kisah saya nie sbg pedoman untuk diri kita semua ye. Smg kte mendapat keredhaan Allah slalu ye...

 
LAGU: WAHAI INSAN-HIJJAZ

Wahai insan, ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah siksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jikalau hidup leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa
Jikalau diri mu leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa letaknya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa



ADMIN:
Semoga anda semua mendapat sedikit iktibar atau pengajaran dari cerita di atas, semoga kita boleh menjaga solat kita sempurnaan mungkin untuk mendakatkan diri kepada Allah.

15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"
Jawab Baginda:
Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."
Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"
Jawab Baginda:
Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"
Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."
Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."
Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"
Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."
Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

 Rujukan: muxlim.com/blogs

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Maya