Pada siri kali ini Muhaimin ingin mengetengahkan mengenai
pelajar cemerlang dalam negara kita
yang sudah berjaya menempa nama dalam negara.
Orang yang saya maksudkan ialah Siti Fatimah Mukhtar dan Nur Amalina Che Bakri
Pelajar Pertama;
Siti Fatimah Mukhtar
Salam,
Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
Pelajar Kedua;
Nur Amalina Che Bakri
Adakah anda masih ingat lagi seorang pelajar bernama Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengemparkan Malaysia dengan keputusan Peperiksaan SPM 17A1 satu ketika dahulu? Mungkin ramai antara kita banyak nak jadikan beliau sebagai idola dalam pelajaran. Namun semua cerita tu kisah gemilangnya 8 tahun dahulu, bagaimana kisah hidup pelajar cemerlang ini sekarang?
Nur Amalina Che Bakri, gadis genius Malaysia yang dikatakan sudah jauh menyimpang dari gaya hidup timur sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara menepis dakwaan yang dilemparkan kepada anaknya itu. Sabariah Hassan, 52 yang merupakan seorang guru juga menyangkal dakwaan anaknya gagal di universiti. Pun begitu, dia tidak mengulas tentang penampilan anaknya yang sudah berubah daripada bertudung litup ke imej seksi.
1 ulasan:
Antara Berita yang berkaitan dengan Nur Amalina, yang ditulis di dalam akhbar tempatan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibusangkaltohmahanblog/Article/
http://www.hmetro.com.my/myMetro/r?searchterm=amalina&Carian=Cari
http://www.hmetro.com.my/articles/2012010404001020120104040010/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/IbutaktegahNurAmalinaberfesyen/Article/
Catat Ulasan