Sudah Lama saya tidak masuk ke dalam Blog, kali ini Admin hendak berkongsi cerita dengan anda semua tentang seorang perempuan yang bernama Nicol Queen menganut agama islam.
Ceritanya.... ;
Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada
sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama
Islam.
Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi
bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang
jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi
pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini.
Sumber gambar: http://ping.busuk.org/tag/artis/ |
Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus
asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah
tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar
profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.
Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang
telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.
Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik
iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui
proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk
memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam.
Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma
anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta
semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan,
atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke
belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak percaya yang diriku telah
berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya
tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya
bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada
sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.
Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca,
ber’blog’, mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat
dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran
Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung
Islam, agama anutan saya kini
Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam
meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi
perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun
daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya.
Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum
berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.
Sumber Gambar: http://www.hijabtrendz.com/2010/02/15/ |
Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada
berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin
bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di
dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang
bakal mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan